Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Friday, June 10, 2011

Kumpulan Almawlid dan Nasyid


Sambil bersiar2 di Facebook, tiba-tiba disyorkan dengan video yang menarik. Nyanyian selawat oleh satu kumpulan yang agak asing. Adik bagitau ini kumpulan Almawlid. Erk, tak pernah dengar pun almawlid ni. Tapi bila dilihat lama2 beberapa orang dalam video tu, rasa macam kenal..biar betul...bukan mereka ni dulu Ruffedge , Innuendo dan VE ke??

Yup, tak salah lagi. Alhamdulillah, Maha Kaya Allah yang memberikan Hidayah kepada mereka yang berhak. Rasanya penampilan pertama mereka di TV adalah semasa majlis perlancaran Imam Muda 2. Baru-baru ini juga, mereka menjadi ikon TV AlHijrah( jom tonton AlHijrah). Tahniah kepada AlMawlid, disebalik mesej selawat yang ingin ditebarkan ke seluruh alam, penampilan mereka juga tidak lari daripada Sunnah Nabi S.A.W. Apakah 'definisi' sunnah Nabi S.A.W? Banyak, sirah perjuangan juga sunnah Nabi S.A.W. Tetapi, yang ingin dibicarakan di sini tentang sunnah penampilan Nabi S.A.W. Bukankah apa yang ditunjukkan Nabi S.A.W merupakan agama. Alim Ulama' juga bersepakat menyatakan menutup kepala, serban, jubah dan janggut merupakan sebahagian dari sunnah Nabi S.A.W.

Kumpulan beginilah yang sesuai dipanggil kumpulan Nasyid Islam. Harini, kita dapat lihat ada banyak kumpulan nasyid dan ada sebahagian darinya yang semakin kontemporari sehinggakan penampilan diri sebagai kumpulan yang menyampai mesej Islam semakin lari dari Sunnah. Ya, harini mereka berpenampilan kontemporari yang tiadanya penutup kepala(kopiah, serban), Jubah, dan sunnah penampilan yang ditunjukkan Nabi S.A.W. Sehinggakan ada kerungsingan bila melihat cover album sebahagian kumpulan Nasyid ini, "Mereka ni kumpulan nasyid ke?ke kumpulan pop?" bentak hatiku.

Apa yang hendak dikejar redha manusia daripada mendapat redha Allah. Lagipun , bukankah mengamalkan sunnah itu mendapat pahala dan sebahagian dari syiar Islam. Orang yang melihat pun akan melihat keindahan Islam dari sunnah itu sendiri.

Jadi, selain mesej Islam yang ingin disampaikan, ianya tidak lengkap jika tiadanya Sunnah Nabi S.A.W. Tahniah kepada kumpulan AlMawlid, anda telah memberi nafas baru untuk nasyid Islam. Jadi, sesiapa nak mengenal mereka lebih dekat, bolehlah layari Facebook mereka di Facebook AlMawlid dan juga blog mereka AlMawlid untuk aktiviti mereka yang terdekat.

Hah, tidak lengkap rasanya jika tidak dihidangkan dengan persembahan mereka. Mari dengar klip video ini. Tak dinafikan lagi , harmoni mantap...huuu



Moga Allah merahmati kita semua.

Ilal Liqa'
Maas Salamah.

3 Ulasan & pandangan:

^^CaHaYa KeasLian^^ Tuesday, June 28, 2011  

Alhamdulillah..sama2 kita doakan mudah2an mereka istiqamah dengan apa yg mereka lakukan. semoga ramai lagi insan yang mengikuti jejak langkah mereka~

almawlid Monday, November 28, 2011  

MasyaAllah, terima kasih atas sokongan anda!

Salam Maal Hijrah dari AlMawlid!


p/s blog kami berwajah baru,.. silalah berkunjung ;)

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP