Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Saturday, May 7, 2011

Politik Ummah

Assalamualaikum semua,

Ku kembali menulis setelah 4 bulan menyepi. Huu...Maaf ye rakan2, sebenarnya, semester ini amat sibuk skali. Pelbagai projek yang dilakukan sehinggakan urusan blogger terpaksa dihentikan sementara. Namun, aku kembali menulis. Sihat Semua??

4 bulan berlalu dengan pelbagai peristiwa suka duka. Terutamanya politik negara yang aku sering gelarkan 'politik demokrasi acuan barat' menjadi berita hangat di Malaysia sehangat Hot FM..huu..Apa yang hangatnya?? Malangnya, hangat dengan cerita yg diklasifikasikan 18 tahun ke atas. Ada yang menggelar politik malaysia kini politik lucah..Astaghfirullah..Ku doakan Malaysia dilindungi dr masalah kerosakan umat yg lebih parah.

Bosan juga kan dengar politik je. Tapi, aku ingin mengulas tentang kepimpinan Islam dan Ulama' yg didambakan sebahagian masyarakat terutamanya Parti Islam seperti PAS. Adakah sekarang ini belum Islam? Realitinya sudah, namun syariatnya kurang. Aku banyak mendengar kata2 alim ulama' dan masyeikh ttg Politik Ummah yang berdaulatkan khilafah. Bagaimana kita ingin kembalikan jika masyarakat sendiri semakin rosak?

Kepimpinan Ulama dan Islam hanya boleh bertapak dan dimartabatkan apabila masyarakat atau ummah sendiri sukakan agama. Bermakna, jika masyarakat sendiri jauh dari agama, bagaimana daulah Islam akan tertegak? Dua contoh yg terdekat ingin aku kupas. Ingat lagi Revolusi Islam Iran? Jatuhnya pemerintahan Shah Iran dan digantikan dengan Ayatollah Khomenei yang merupakan Ulama' besar Syiah. Bagaimana ulama' Syiah ini boleh menggantikan pemerintahan sekular jika rakyatnya sendiri tidak menyokong dan sukakan pemerintahan Ulama'. Malah, tanpa melalui pilihanraya pun revolusi Islam ini terjadi di Iran. Akarnya adalah daripada ummah dan masyarakat sendiri. Masyarakat Iran yang dahagakan kepimpinan Ulama' dan ingin berubah dari sekular kepada pemerintahan Islam telah merubah segalanya dalam sekelip mata.

Adakah masyarakat Malaysia sanggup lakukan revolusi ini dengan menaikkan kepimpinan ulama' tanpa melalui pilihanraya. Separuh mustahil apabila dilihatkan masyarakat yang terlalu sosial dan dilanda krisis pembuangan anak zina. Contoh kurangnya dakwah dan tarbiah. Bukan UMNO sahaja bertanggungjawab, seluruh posisi termasuk PAS bertanggungjawab terhadap keruntuhan ummah walaupun pembangkang.

Contoh yang kedua, Revolusi Mesir yang menjatuhkan Hosni Mubarak baru-baru ini. Adakah Ikhwan Muslimim diangkat untuk menggantikan Hosni Mubarak? Tidak, malah dengar khbarnya Ikhwan Muslimim pun tidak bersedia mencalonkan calon presiden yg sesuai. Jadi, masyarakat mesir melakukan revolusi ini bukannya untuk menaikkan kepimpinan ulama', tetapi untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang memerintah dengan kejam. Natijahnya, kabinet baru masih lagi perlu dibentuk untuk menggantikan kepimpinan lama melalui pilihanraya dan Ikhwan muslimin perlu melalui pilihanraya ini. Beza bukan Iran dengan Mesir. Masyarakat Mesir tidak bersungguh-sungguh untuk menaikkan kepimpinan Ulama' sepertimana masyarakat Iran. Ini bermakna tarbiyah di kalangan masyarakat Mesir adalah tidak sampai ditahap yang mereka betul2 inginkan pemerintahan Islam. Masyarakat yang masih tidak seluruhnya inginkan agama.

Jadi, Bagaimana PAS boleh memartabatkan kepimpinan Ulama' dan Islam yang Syumul? Jawapannya terletak pada tarbiah dan dakwah masyarakat dan ummah itu sendiri. Bukannya terletak pada kertas undi. Jika masyarakat sukakan agama, PAS boleh memerintah tanpa melalui pilihanraya sekalipun kerana masyarakat dan ummah sukakan agama dan ingin pada agama. Hata, PAS tidak perlu bekerjasama dengan DAP dan KEADILAN pun boleh memerintah kerana masyarakat yang sukakan agama dan ingin pada agama. Malangnya, sebahagian masyarakat Malaysia makin jauh dari agama dan tidak inginkan agama.

Jadi, untuk mendaulatkan kepimpinan Ulama' dan Isslam yang syumul bukannya semata dengan meraih undi, tapi dengan dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat Malaysia, pasti Islam akan dimartabatkan walaupun bukan PAS yang memerintah. Hatta, Rasulullah sendiri diangkat menjadi ketua pemerintah di Madinah dan bukannya di Mekah kerana masyarakat Madinah yang inginkan agama.

Kuncinya hanya dakwah, dakwah, dakwah.

Aku menulis apa yang aku dengar dari kuliah dan tazkirah untuk dikongsi bersama. Moga Allah berkati kita semua. Sebelum mengakhiri 'post' ini, doakan aku berjaya di dunia dan diakhirat ye kawan2. :)

Ilal Liqa' .
Maas Salamah.

3 Ulasan & pandangan:

Muawiyah ibnu hayat Saturday, May 07, 2011  

jadi kesimpulannya, dakwah adalah tugas utama setiap umat islam ..hidup dan mati dalam dakwah

kopiah_alrazi Wednesday, May 11, 2011  

Ya, benar tuan...hidup dan mati dalam dakwah

IBNU ARAHMAN Wednesday, June 15, 2011  

salam
Allah telah letakkan kjyaan manusia dan jin hanya senya dlm agama, sapa saja bawa agama dlam khdupan dia maka dia berjaya,smaada pmimpin @ yg dpmpin,raja @ rkyat..
utk tertgaknya ngara Islam yg brlandaskan Al-quran dan Sunnah Nabi saw pd ktika ini 1 pkara yg sukar & mustahil.
dlm keadaan ummat mundur dan kjhilan hmpir stiap rumah org2 Islam. bila mana rumah org Islam tak lagi brsuasanakan agama apatah lagi d luar rumah.
maka harini takde cara lain, mlainkan kita bngunkan negara Islam dlm setiap diri org Islam itu sndiri. sdiakan stiap hati mnusia ini dgn kcintaan Islam dan amalnnya.
bila 1 kmpung/daerah/negeri tlah hdup suasana & amaln agama maka tak mustahil 1 hari nti negara Islam akan trtegak walaupun dlm jngka masa yg pnjang(puluhan thun)..

wallahu wa rasulu `alam

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP