Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Wednesday, December 1, 2010

Keunikan StyleIslam

Jika di Malaysia, medium internet digunakan sepenuhnya oleh team iLuvIslam.com untuk menyebarkan info dan perkongsian tentang agama dan cara hidup Islam sesama umat di Malaysia. Jauh di pelusuk eropah pula, telah muncul organisasi yang dinamakan StyleIslam® , tetapi, misinya lebih kepada pakaian dan aksesori yang menonjolkan kebanggaan umat kepada Islam khususnya saudara se-Islam kita di eropah dan Amerika. Mereka menempuh ‘Islamphobia’ pasca 11 September 2001 tatkala di hati adanya kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

Kewujudan StyleIslam® juga seunik namanya. Segalanya bermula oleh pengasasnya Melih Kesmen iaitu pada tahun 2008 apabila beliau membuat T-Shirt yang dicetak dengan tulisan “I Love My Prophet” sewaktu rusuhan terhadap penghinaan kartun Nabi Muhammad. Dia menggunakan kreativiti dan kemahiran yang ada padanya untuk menunjukkan bantahan melalui T-shirt daripada membakar bendera. Daripada pemakaian T-shirt itu, dia telah mendapat perhatian dan terlibat dalam beberapa perbincangan yang konstruktif. Seterusnya menjadi titik tolak penubuhan StyleIslam® yang semakin popular di peringkat antarabangsa. Selain mempunyai kedai ‘online’ untuk pasaran seluruh Eropah dan Amerika, StyleIslam® juga telah membuka sebuah kedai di Istanbul.

Sekali pandang website StyleIslam®, pasti akan terasa tiada bezanya dengan penjualan percetakan baju yang lain. Namun, jika diselidiki, begitu banyak baju dan peralatan seperti beg, kincin, dan sebagainya yang ditonjolkan melalui senireka Islamik. Selain itu, StyleIslam® menawarkan muatturun grafik dan senireka Islam yang berguna bagi mereka yang sering melayari Internet. Tidak percaya? Mari aku tunjukkan. Antara rekaan grafik baju jenama StyleIslam® yang menarik :



Jika anda ingin memakai aksesori yang menonjolkan grafik Islamik, mari lihat aksesori ini:



Cantik bukan. Bahagian yang paling aku gemari ialah muatturun. Menonjolkan grafik Islamik untuk kegunaan masyarakat Islam yang sering melayari internet. Memang sesuai pun untuk kita di Malaysia yang telah dibuktikan penggunaan internet yang ramai. Antara yang ditawarkan secara percuma adalah avatar ‘Ummah Faces’ iaitu avatar wajah umat Islam yang mewakili pelbagai bangsa. Avatar ini boleh digunakan sebagai gambar profile dan avatar forum, daripada menggunakan gambar avatar yang menonjolkan budaya barat dan tidak senonoh .

Aku juga telah menukar gambar profile di Komuniti Iluvislam menggunakan avatar ummah ini. Comel kan. Mari kita gantikan avatar dengan avatar ‘Ummah faces’ ini. Bagi yang menggunakan twitter pula, gantikan sahaja wallpaper twitter dengan wallpaper yang disediakan StyleIslam®,

Aku juga menggunakan wallpaper ini di twitterku, mari ‘follow’,hee. Jika anda perasan, ‘header’ blog Kopiah Corner ini juga menggunakan wallpaper dari StyleIslam® yang berkonsepkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Selain itu. satu lagi muatturun yang aku gemari, ikon gambar Islamik bagi menggantikan ikon yang sedia ada di desktop seperti My Computer dan My Document. Menonjolkan ikon yang berkaitan Islam, tentu menarik di desktop anda.

Mungkin suatu hari nanti, akan wujud pula perisian seperti Microsoft yang berbentuk Islamik. Semua itu mampu direalisasikan. Masih ingat diwaktu susahnya untuk mencari gambar-gambar atau seni yang berbentuk Islamik untuk digunakan di internet, sekarang, segalanya ada. Jadi, jika anda berminat dengan rekaan grafik StyleIslam® ini, bolehlah memuatturun semua senigrafik Islamik ini di laman StyleIslam.

Mengikut maklumbalas dari pihak StyleIslam sendiri, Kedai ‘web online’ yang baru akan dibuka dalam 2-3 minggu lagi bagi memudahkan urusan penghantaran produk ke seluruh dunia. Jadi, belilah barangan buatan muslim, insyaallah Halal.

Walaupun ada beberapa pembaikan perlu dilakukan, namun, ini adalah usaha yang baik. Perkara utama menjadi permasalahan umat khususnya di Malaysia, tiadanya perasaan bangga sebagai seorang Islam sehinggakan meniru cara hidup agama lain. Melih Kesmen telah menggunakan kemahirannya dalam seni kreatif untuk umat Islam. Bagaimana pula dengan kita? Ketahuilah, para Sahabat Nabi S.A.W menggunakan kelebihan dan kemahiran yang ada untuk Islam dan umat. Jadi, gunalah kelebihan yang ada untuk manfaat ummah.

Wallahua’lam.




17 Ulasan & pandangan:

ummu Wednesday, December 01, 2010  

assalamualaikum abu
wah bestlah dah ada wallpaper islamik camni.
terima ksih atas perkongsian artikel ini ya

brohamzh Wednesday, December 01, 2010  

Assalamualaikum wbt,
bagus ada info semacam ini.
Rupa-rupanya byk insan-insan yang peka dalam mebumikan kehidupan secara islamik dalam hidup.

Alhamdulillah, agar ia berakar umbi bertunjangkan AQIDAH DAN UBIDUYYAH YANG SEBENARNYA.

Terima kasih

kopiah_alrazi Wednesday, December 01, 2010  

ummu:
sekadar berkongsi usaha yang dilakukan saudara2 kita di seluruh dunia. Islam bukan di Malaysia sahaja :).

broHamzh:
Benar tuan,
sokongan terhadap usaha untuk memartabatkan Islam dan umat pelu dilakukan. Insyaallah, bila umat bersatu dan amalkan agama dengan sempurna, Allah akan memandang dengan pandangan Rahmat. :)

Nadd Wednesday, December 01, 2010  

comelnye semua avatar2 tu. :)

kopiah_alrazi Wednesday, December 01, 2010  

hmm..mmg comel pun..
jom guna..avatar perempuan pun ada. :)

Cik SHiNJU Thursday, December 02, 2010  

Thanks 4 sharing..
agak2 mahal x t-shirt n sweater styleislam nih? berminat plak tgk designnye... :)

kopiah_alrazi Thursday, December 02, 2010  

OrenLimau:
memang menarik :).

Cik Shinju:
Insyaallah harga berpatutan.
blehlah jenguk kt lman webnye utk tgk harga.
Moga akn dibuka cawangan di Malaysia nant :).
Cantik kan.

cemomoi Thursday, December 02, 2010  

pakar it islam patut berbuat sesuatu untuk menentang diskriminasi barat dengan cara berhemah begini supaya islam agama harmoni dapat ditonjolkan dengan sebaik mungkin

kopiah_alrazi Thursday, December 02, 2010  

mungkin bleh cdgkan kpd kawan2 yg mahir. :)
kadang2 ramai yg masih tidak sedar bhwa kemahiran yg ada boleh disumbgkan utk umat.

IMANSHAH Friday, December 03, 2010  

Slam empunya tanah

saya sungguh tertariklah dengan sweater tu..macam mana nak beli ek

Abd Razak Friday, December 03, 2010  

Assalamualaikum...

Moga sdra sihat hendaknya..

Tertarik lak dengan apa yang dipromotekan dalam website tu..:)

kopiah_alrazi Friday, December 03, 2010  

IMANSHAH:
boleh berurusan di web styleIslam sendiri. Kalau hntr email pun Insyaallah die blas. Penah buat :)

Abd Razak:
Terima kasih tuan sudi singgah..tertarik boleh beli :)

baldibirupink Saturday, December 04, 2010  

suka dengan baju dia. cantik2

baldibirupink Saturday, December 04, 2010  

suka dengan baju dia. cantik2

Anonymous,  Sunday, January 23, 2011  

Ah! akhirnya aku menemukan apa yang saya cari. Somtimes dibutuhkan upaya untuk menemukan begitu banyak berguna bahkan sepotong kecil informasi..

M.Usman ghani Monday, June 20, 2011  

"You are the best of the nations raised up for
(the benefit of)men: you enjoin what is right and
forbid the wrong and believe in Allah." (3:llO)
http://freeislamicebooks.blogspot.com/

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP