Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Sunday, November 28, 2010

Tanda-tanda gagal mendidik anak

kredit~ademmm

Agak keras kan tajuk entri kali ini. Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah di bawah ibubapa. Jadi, kehidupan seorang kanak-kanak dipengaruhi pendidikan yang telah diberi ibubapa. Namun, alaf yg semakin baru ini, kesilapan didikan dapat dilihat dari segala aspek. Mungkin, kerana itu, wujudnya masalah-masalah sosial yang tiada kesudahan. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelas membuktikan ibubapa memainkan peranan yang amat besar. Aku tidak berniat berhujah dengan begitu panjang untuk entri kali ini ( tak pandai berhujah sangat pun). Niatku hanya untuk membuat entri yang santai. Namun, apa yang ingin ku sampaikan adalah beberapa tanda yang dapat dilihat kerana kegagalan mendidik anak sebagai ibubapa muslim. Tanda-tanda ini ataupun boleh disebut sebagai 'checklist' telah diambil dari muslimblogs.com dan KPI(key performance index) ini sesuai untuk digunakan jika ingin membuat perbandingan di zaman globalisasi ini. Adakah ibu bapa muslim itu gagal mendidik? Tanpa berlengah, mari kita lihat 10 tanda yang difokuskan apabila gagal mendidik sebagai ibubapa muslim:

1. Apabila anak anda tahu rancangan TV selama sebulan, tetapi tidak mengetahui bilakah masuknya waktu solat seharian.

2. Apabila anak anda boleh menyebut 10 nama artis-artis terkenal, tetapi tidak boleh memberitahu nama 10 orang rasul.

3. Apabila anak anda bangga menjadi seorang yang berfikiran bebas, tetapi malu digelar sebagai seorang muslim.

4. Apabila anak anda mampu mengingati lirik lagu paling popular setiap minggu, tetapi tidak dapat mengingati satu surah Al-Quran sekalipun kerana “ianya terlalu susah”.

5. Apabila anak anda tidak mahu tidur kerana dia sibuk ber’chatting’, tetapi rasa mengantuk apabila tibanya masa menunaikan solat subuh.

6. Apabila anak anda menyimpan duit untuk membeli pakaian fesyen terkini tetapi terasa sakit untuk bersedekah/membayar zakat.

7. Apabila pergi ke pusat membeli-belah itu lebih ‘PENTING’ daripada pergi ke masjid.

8. Apabila anak anda mampu bertutur lebih dari satu bahasa asing dan tiada satupun daripada bahasa tersebut bahasa Al-Quran (Arab).

9. Apabila anak anda lebih menyukai sambutan Hari Krismas LEBIH dari sambutan Aidiladha/Aildilfitri.

10. Apabila anak anda berfikiran berpakaian seksi atau mendedahkan aurat “LEBIH DITERIMA DAN DIHORMATI” daripada memakai pakaian Islamik(menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh).

10 ‘checklist’ ini menggambarkan didikan yang tidak sempurna sebagai muslim dan pengaruh besar globalisasi kepada anak-anak. Abang-abang dan kakak-kakak pun perlu mendidik adik-adik. Tunjukkan contoh yang terbaik dengan akhlak yang baik dan pakaian yang baik. Jadi, selamat mendidik kepada semua ibu bapa dan bakal ibubapa( seperti aku yang belum berkahwin..hee).

Wallahua'alam.

Ikhlas Dariku,





10 Ulasan & pandangan:

Isyraf Imrani Sunday, November 28, 2010  

Salam, saya rasa ada banyak lagi tanda-tanda yang kita boleh dapati. Syukran atas perkongsian dalam entri ini :). Kanak-kanak ibarat kain putih, dan ibubapa lah yang sepatutnya mencorakkan kain putih itu dengan warna-warna yang 'berkualiti'

Wallahua'lam. Wassalam.

Pencacai Alim Sunday, November 28, 2010  

anak yg baik bonus utk mak ayah kat dunia akhirat

kopiah_alrazi Sunday, November 28, 2010  

Isyraf :
Benar, byk lagi tanda-tanda yg boleh dilihat. Warna-warna yg 'berkualiti' inilah cerminan seorg muslim :).

Pencacai Alim:
Benar tuan. Anak yg soleh bukan sahaja menyejukkan hati mak ayah, tetapi merupakan saham mak ayah di akhirat nnt. :)

kasih dania Monday, November 29, 2010  

salam..
syukran akhi cz share info ni..ibubapa hruslah didik ank2 biarlah dari rebungnya..dari kecik lagi kerna merekalh yg bisa mmbentuk ank2 mnjadi acuan yg betul..=)

**follow bak ye..=) thnks..

Eda Monday, November 29, 2010  

thanks follow me..

kadang2 ibubapa telah mendidik anak dengan cara yang terbaik, anak2 bila dah dewasa sepatutnya mempraktikkan apa yg telah diajar..tidak boleh menyalahkan ibubapa 100% dalam hal ini..sebab tiada ibu bapa yang akan mendidik anak mereka dengan perkara yang tidak elok..

pokoknya, iman di hati haruslah seteguh yang mungkin..cabaran masa kini sangat la hebat..

kopiah_alrazi Monday, November 29, 2010  

kasih dania:
betul tu. Ibubapalah yg mencorakkan anak2. Insyaallah, jika ditarbiyah dengan tarbiyah iman, maka, akan baeklah mereka.

Eda:
Syukran atas pandangan. Inipun sy setuju. :)

Noli Tuesday, November 30, 2010  

alhamdulillah..tima kasih..sy pon nak didik anak sebaik mungkin..

ehh insyaAllah ade rezeki anak nnt..

cemomoi Wednesday, December 01, 2010  

datang sorang je ni, anak ramai tak leh ikut, kang semua skali nak ngikut....

kopiah_alrazi Friday, December 03, 2010  

takpe...bwk je semua..
ruang ada lagi..hee

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP