Reviving the Islamic Spirit (RIS)
Reviving the Islamic Spirit (RIS) konferen mungkin asing kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam di Malaysia. Namun, di Kanada , ia dianjurkan dengan besar-besaran dengan disertai umat Islam di bahagian Kanada khususnya dan benua sekitar amnya. Aku pun baru menyedari tentang konferen ini beberapa minggu yang lalu. Rupanya, pada tahun ini merupakan tahun kelapan diadakan dan penyertaan sehingga 70,000 umat Islam di sana. Subhanallah. Disertai oleh seluruh peringkat umur, dari anak kecil kepada yang tua, dengan kekuatan 400 orang sukarelawan muda mudi, konferen ini diadakan pada situasi umat Islam menjadi minoriti di sana dan ditindas dari segala arah. Sesungguhnya mereka berhimpun untk menghidupkan semangat Islam di dalam diri. Mengetepikan segala perbezaan politik, fahaman dan mazhab, semuanya bersatu di bawah satu bumbung.
Konferen ini ditunjangi generasi muda Islam di sana. Mengagumkan lagi, di konferen ini juga dihadiri oleh panel atau ‘speaker’ yang terdiri daripada pemikir-pemikir agama dan pendokong agama yang mahu menghidupkan kembali semangat Islam di dalam umat yang semakin pudar . Antara panel yang ada adalah Shaykh Abdallah Bin Bayyah, Shaykh Hamza Yusuf, Dr. Tareq Suwaidan, Ustadh Amr Khaled, Professor Tariq Ramadan, Imam Zaid Shakir, Dr. Abdal Hakim Jackson, Shaykh Sulaiman Mulla, Ustadh Yahya Rhodus, Dr. Jamal Badawi, Imam Sohaib Webb, Imam Yasir Fazaga, Maher Zain dan ramai lagi. Malah, Subhanallah, ramai penduduk bukan Islam sebelumnya mengisytiharkan keIslaman mereka dengan mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ribuan umat Islam semasa konferen tersebut dibantu boleh ulama’ yang hadir. Betapa indahnya dan gembiranya hati mereka yang hadir dikala menyambut saudara Islam yang baru. Adakah usaha pengislaman di Malaysia berjalan lancar ? atau makin ramai yang meninggalkan agama dan menjauhkan diri dari agama?
Sedikit info dan intro dari laman web RIS :
Furthermore, the convention will be a celebration of our identity and Islamic faith. To help attain these ideals, the convention will feature a wide range of voices from various parts of the world.
This convention is not organized by any organization and does not engage in any ideological discourse. It showcases Islamic leadership from across the globe sharing a common platform before the widest cross section of our community. This program hopes to empower the youth across North America and inspire a true revival.
"A Unique Youth Effort".
Adakah perkara ini berlaku di Malaysia? atau konferen yang melibatkan Adam Lambert yang menjadi pilihan.
Sesungguhnya umat Islam di Malaysia perlu berasa malu apabila membandingkan dua situasi ini. Bagaimana sebuah Negara Islam mampu untuk menganjurkan konsert hiburan, tetapi tidak mampu mewujudkan program untuk mengislahkan umat. Memang kesalahan yang pertama diletakkan ke atas penganjur dan pemberi kelulusan, tapi atas dasar umat, sepatutnya kita menganjurkan konferen seperti RIS ini di Malaysia bagi membuktikan kita bukan sekadar menolak Adam lambert, tapi , mengadakan konferen yang lebih utama iaitu untuk umat. Menolak dan membantah satu perkara, namun, mewujudkan pilihan yang lebih baik adalah dianjurkan untuk mengamalkan ‘amar makruf nahi mungkar’ , mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Selain mencegah kemungkaran, mengajak kepada kebaikan juga perlu dilakukan.
Dengan ini, aku menyeru semua NGO agama , NGO melayu, IluvIslam.com, dan ramai lagi khususnya generasi pemuda Islam untuk bergabung tenaga mewujudkan konferen yang serupa dengan RIS di Malaysia , malah mungkin kita boleh menamakannya sebagai Enhancing the Islamic Spirit sesuai dengan kapasiti kita sebagai Negara umat Islam. Ketepikan sebentar perbalahan dan masalah politik yang merungsingkan. Bersatu dalam memberi tumpuan kepada generasi muda yang semakin meningkat masalah sosial dengan menjadikan usaha ini sebagai pandu arah kepada mereka. Tidaklah, generasi muda-mudi ini mencari kelambakan konsert yang ada. Insyaallah, aku yakin, ramai generasi muda di Malaysia yang bersemangat membantu menjayakan konferen ini jika dianjurkan. Lebih indah, jika dapat dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agung dan dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat. Kita tidak kurang dengan cendekiawan-cendekiawan Islam seperti Dato’ Seri Harussani, Tok Guru Nik Aziz, Dr. Asri Zainal Abidin, Dato’ Fadzilah Kamsah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin, dan ramai lagi. Malah, konferen yang mungkin akan diwujudkan nanti boleh diwarnai oleh Raihan, Hijjaz, Rabbani dan banyak lagi.
Jika tiada usaha mewujudkan program-program berbentuk agama yang lebih banyak, maka, program-program hiburan melalaikan akan menguasai. Ku doakan agar di Malaysia, program keagamaan lebih banyak dari program hiburan melalaikan. Amiin…
Mari kita lihat sedikit ‘klise’ dari RIS 2010 :
Ikhlas Dariku,

4 NOVEMBER 2010
( 3.00 p.m)
*Adakah anda sependapat dengan saya? Berikan pendapat bernas anda dalam ruangan ulasan & pandangan. Syukran.












6 Ulasan & pandangan:
aminn. setuju abu! negara Islam tapi masih banyak kekurangan. patut diadakan program sebegini. memang patut sangat sangat.
yup...terima kasih atas pandangan. Sekarang ini hanya banyak program berbentuk keduniaan secara besar-besaran dianjurkan kerana program2 berbentuk agama tidak dilakukan secara besar-besaran. Kadang2, program berbentuk politik secara besar-besaran dan kadang2, program berbentuk hiburan diadakan besar-besaran.
Mari kita sahut dan menyokong program keagamaan dengan sepenuh hati :).
insyaAllah, di Jepun ni, bulan disember nnt akan diadakan program 'perkampungan tarbiyyah' (untuk akhwat sahaja).
prog ni mengambil inspirasi drpd RIS lah lebih kurang.
tp kami wat lain sikit. kumpul ramai2, hidupkan suasana islam, saling berukhwah kerana Dia...
(panjang je lg kalo nk tulih, maleh dah)
hehe. saje la nak habaq.
doakan semuanya berjalan lancar.
salam ziarah.
Alhamdulillah,
semoga program berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.Ceritalah nnti perkembgan program di sana ye. Support :).
SUBHANALLAH...!
teringin sgt10 nak join! ^-^
Hopefully dpt attend dan learn how they organize such a huge10! program. InsyaAllah... :)
nak menitis air mata tgk islamic spirit macamni..rasa macam salahuddin al ayyubi nak hidup kembali.
rakyat MALAYSIA, kita kena buat! :)
hmm...Insyaallah..
tiada yg mustahil, lgi2 di Malaysia ni. Negara yg majoritinya umat Islam dan generasi muda Islam.Di tengah2 masalah sosial yg terang2 bertentangan dgn agama, satu perhimpunan ataupun halaqah yg besar perlu diadakan bgi mengembalikan kegemilangan Islam.
Penumpuan ke arah menghidupkan kembali semangat Islam. Ketepikan keduniaan di Malaysia sementara. Tumpukan seluruh tenaga. Mungkin saudari imtiaz boleh menyumbg tenaga :).
Post a Comment