Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Wednesday, November 24, 2010

Anak Patung Islamik - Fulla


Anak patung amat sinonim dengan kanak-kanak. Hatta, Siti Aisyah iaitu isteri Nabi S.A.W juga mempunyai anak patung di waktu kecilnya. Ia menemani kanak-kanak bermain terutamanya anak perempuan yang menjadikan anak patung teman baik mereka. Namun, di sebalik sebuah anak patung, ianya boleh mempengaruhi kanak-kanak dari segi pemikiran dan penampilan.

Fenomena ‘Barbie’ telah memasuki pasaran seluruh negara dengan menampilkan anak patung yang memperagakan fesyen terkini dengan berpakaian seksi. Popularnya Barbie sehingga seluruh dunia pasarannya. Tanpa disedari, telah wujud anak patung muslim yang telah mencabar ‘Barbie’ dengan membawa perwatakan yang menepati kriteria seorang muslimah. Ia dipanggil Fulla.

Fulla adalah nama sebuah anak patung seperti Barbie yang dipasarkan untuk kanak-kanak muslim khususnya di negara-negara Timur Tengah sejak tahun 2003 dan menjadi fenomena apabila mendapat permintaan yang tinggi di sana. Fulla dicipta oleh pengeluar UAE dari Dubai iaitu NewBoy Design Studio. Fulla menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak perempuan dengan menunjukkan sifat mulia yang setiap ibu bapa muslim mahukan terhadap anak mereka.

Sebenarnya, Barbie diberitakan telah diharamkan oleh Arab Saudi kerana tidak menunjukkan nilai-nilai murni Islam, malah, mempromosikan budaya barat yang jauh dari agama. Jadi, Fulla telah mengambil tempat di hati kanak-kanak. Pengurus jenama Fulla dari NewBoy, En. Fawaz Abidin berkata, “Ini bukan hanya tentang meletakkan tudung pada anak patung seperti Barbie. Iklan kami penuh dengan mesej-mesej positif tentang watak Fulla. Dia jujur, penuh kasih sayang, mengambil berat, dan menghormati ibu bapanya.”

Jelas sudah perbezaan antara Fulla dan Barbie dari segi penampilan dan gaya hidup. Kebanyakan aktiviti Fulla adalah meluangkan masa bersama rakan, memasak, membaca, dan bersolat. Fulla adalah seorang yang jujur dan tidak menipu. Dalam iklan Fulla, Fulla memakai abayanya ataupun jubah apabila keluar dari rumah sepertimana tuntutan Islam dalam menutup aurat. Selain itu, edisi doktor dan guru Fulla juga diperkenalkan kerana dua karier yang dihormati ini mampu mendorong kanak-kanak perempuan ke arah itu.

Tiada lagi barbie yang berbikini dan seksi yang mana mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dalam penampilan. Ini juga boleh diklasifikasikan sebagai penjajahan minda oleh barat kepada kanak-kanak terutamanya umat Islam. Jika tidak diawasi, maka, kanak-kanak akan cenderung mengamalkan gaya hidup dan pemakaian yang sama sepeti Barbie. Seperkara lagi, Barbie mempunyai teman lelaki iaitu Ken, tapi Fulla tidak mungkin mempunyai teman lelaki.

Apabila diteliti, rasanya Fulla tiada lagi di pasaran Malaysia secara komersial. Malah, tiada ura-ura pengharaman terhadap anak patung Barbie sekalipun. Sungguhku kagum terhadap ketegasan saudara kita di negara Islam yang lain yang memikirkan implikasi pengaruh barat walaupun perkara sekecil anak patung ini. Sesungguhnya, tiada perkara yang kecil sebegini dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak sedari kecil dalam Islam. Mari kita layan gambar anak patung Fulla yang comel ini.


Mari kita lihat iklan Fulla pula , lagu temanya pun sedap juga.



Jadi, kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan anak patung Fulla ini bagi menemani anak mereka bagi menggantikan Barbie, saya akan cuba usaha untuk mendapatkannya jika ada yang berminat. Caranya, tinggalkan email anda di ruangan ulasan dan pandangan di bawah artikel ini. Insyaallah, anda akan dihubungi jika saya boleh mendapatkannya.

Ikhlas Dariku,




24 NOVEMBER 2010
( 6.00 p.m)

*Adakah anda sependapat dengan saya? Berikan pendapat bernas anda dalam ruangan ulasan & pandangan. Syukran.


18 Ulasan & pandangan:

penchacaiz Wednesday, November 24, 2010  

la ilaha illallah...
la makbud illallah!!!

Syuki Mohd Sidi Thursday, November 25, 2010  

Alhamdullillah... dgn ni,, sedikit sbnyk leh bentuk didikn agama kpd ank2 kecil :)

OrenLimau Friday, November 26, 2010  

whoaaa..ade eh?
sukanya!Tapi kenapa tak sampai Malaysia lagi?
Patutnya doll camnila lebih baik..

kopiah_alrazi Friday, November 26, 2010  

penchacaiz :
Benar tuan.

ummumishkah:
Insyaallah che su kalau dapat la.
nk kene tgk ramai yang menempah ke x dulu. tapi tak janji ye. huuu

kopiah_alrazi Friday, November 26, 2010  

hans :
yup, memang sweet pun.
Malangnya Malaysia tak melihat kepentingan pengaruh anak patung ni

OrenLimau:
mungkin Malaysia tidak sedar akn perkra ini.
Hedonisme(suka berhibur) pun semakin menjadi bdaya & dipromosikan.
Inikan lgi tentang sebuah anak patung.

kek_gebu Friday, November 26, 2010  

salam ukhwah..

haha,cutenyaaa.. ^_^
tp tkpela,ana da tkde adk kecil lg,ank pun blum.. =D
btw ana tk prefer sgt benda ni..ana lbh suka bg bdk2 buku2 kecil warna warni alif ba ta..biar dipupuk cinta membaca dlm diri diorg..
utk jadi role model,diri kita sbg ibu bapa yg patut jadi model pd ank2 ni,lbh2 lg si ibu..
insyaallah..ni pendpt ana,wallahu a'lam..

nas Friday, November 26, 2010  

menarik la!
tp sedih xramai yg beli patung cmnie...yg beli yg seksi2 je..hu3
so sad

kopiah_alrazi Friday, November 26, 2010  

kek_gebu:
betul tu. Ibu bapa yg mainkan peranan membentuk.
Tapi kalu anak perempuan merengek nk jgak anak patung, bglah anak ptung ni k...hee
dkt eBay ada jual, tapi mahal skitla.

kopiah_alrazi Friday, November 26, 2010  

asphaq :
bagilah anak asphaq maen nnt..haa.
jgn beli seksi2

nas :
tulah masalahnya.
seksi paling seksi plak tu, bikini je pun ada.
selamatkan minda kanak2 drpd dijajah :).

NabiLLa NaSir Saturday, November 27, 2010  

nice one. nak buat koleksi nnt :)

suzie rahman Tuesday, November 30, 2010  

comel nya..utk suzie der x..hihi well dh bsr still minat ptg2 ni

kopiah_alrazi Tuesday, November 30, 2010  

Nabilla :
kalau nk beli. Dekat eBay ade jual. tapi mahal skit la trmasuk penghantaran. Sy pun x tau harga ank patung Barbie sbenar brape..hee

Suzie :
huu...ni mesti hobi main dgn anak patung.

gunnerz_80,  Wednesday, March 30, 2011  

salam saudara,

bagaimana mahu mendapatkan patung fulla ni? nak order. TQ

Anonymous,  Thursday, January 12, 2012  

saliza_77@yahoo.com ~nak jugak

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP