Syariat Dalam bercinta

“abu, couple boleh ke tak ek”, tanye kawanku penuh spontan di dalam lift..
“erk,,” huu,,aku tersenyum sinis bile melihatkan rakanku ini menanyakan perkara begitu. Kerana aku tahu dia adalah seorang yg berilmu agama tinggi. Yang banyak tahu tentang perkara2 berkaitan couple ni..
”ko dah sangkut ngan seseorg ek”,,tanyaku tersenyum-tersenyum..
Melihatkan senyum sipu2 nye tu.fahamlah aku..kawanku ni dah bercouple rupanya. Aku tidak terkejut jika perkara ini mmang berlaku terhadap rakanku walaupun ilmu agama penuh di dadanya. Ini kerana iblis dan syaitan berusaha 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk melalaikan ummat Muhammad agar menyimpang dri syariat. Hatta, ustaz pun ada yang dapat dipesongkan akidahnya , inikan aku dengan kawanku ini.
Seingat aku, kawanku ini antara yang tidak mahu bercouple dlu. Kenapa? Salah ke bercouple?..huu..persoalan yang memerlukan jawapan yg konstruktif. Memang Allah menjadikan fitrah manusia mudah jatuh hati ataupun menyukai seseorang, tetapi caranya untuk mencintai juga Allah tunjukkan.
Couple tidak salah, asalkan patuh pada syariatNya. Aku pernah mengalami dilemma yang sama tentang persoalan couple ni, Alhamdulillah, majlis ilmu yang aku dengari memberikan jawapan sedikit demi sedikit. Sekarang ni pun, banyak kuliah2 berlingkar dalam aspek couple kerana para pendakwah tahu masalah yang menimpa remaja kini. Masih ku ingt forum agama yg bertajuk ’cinta transit’. Benarlah cinta sekarang bertransit, sekejap cinta dengan sifulan, sekejap cinta dengan orang itu, sekejap bercinta dengan orang ini. Banyaknya transit cinta ini berhenti di stesen2 untuk mencari cinta sejati. Namun, adakah cinta itu bertransit?
”Islam ada caranya untuk bercinta”, jawabku kepada kawanku dalam lift..berminat die ingin mendengar, namun aku sarankan utk kami bersembang panjang di warung makan. Baru ade feeling..huu..macam cerita kedai kopi lak. Aku bukanlah seorang ulama’ yang bisa menerangkan tentang cinta sebenar, tetapi, dengan ilmu tentang cinta yang aku dengar dan simpan membolehkan aku merungkai persoalan tentang cinta yg juga sedikit sebanyak meracuniku. Nabi S.A.W juga ada bersabda mafhumnya, sampaikanlah dariku walaupun satu ayat, menunjukkan pentingnya untuk kita menyampaikan ilmu yg ada.
Jadi,,apakah yg syariat Islam tunjukkan? Dlm syariat Islam, dua perkara dibolehkan pertunangan dan pernikahan. Aku Cuma ingin berkongsi ilmu2 percintaan in (huu,,mcm pakar sgt je) yang mana secara sedar atau tidak aku dengar dari ceramah-ceramah agama dan perbincangan2 ilmiah. 2 tahun kebelakangan ni, aku sedar yang banyak topik berkisar tentang percintaan remaja disebut-disebut oleh ustaz-ustaz, kuliah-kuliah dan forum. Ini menunjukkan pentingnya memelihara manusia seawal remaja hatta baginda S.A.W amat menyukai umat berkahwin di waktu muda tatakala percintaan manusia bukanlah perkara yang temeh remeh yang telah dijadikan Allah sejak terciptanya Nabi Adam dan Hawa. Tanpa perasaan cinta dan sayang, manakan kelangsungan manusia dapat diteruskan hingga kini. Inilah kekuatan cinta.
Indahnya islam ini, ditunjukkan banyak perkara yang halal, dan sedikit perkara yang haram. Sinonimnya pertunangan adalah menetapkan hati manusia kepada pernikahan. Dalam Islam, perhubungan antara manusia khususnya lelaki dan perempuan perlulah atas niat yang baek. Dunia kini melihatkan pasangan-pasangan ’couple’ yang banyak clash mengclash, dah macam clash of the titans lak. Ada juga kisah dendam, dan balas membalas ‘iri hati’ setelah berasa tidak puas hati dengan bekas kekasih dengan perhubungan yang lepas dan ada juga yang menjadi sahabat baek sahaja. Kisah-kisah ini aku dengar dari pengalaman rakan sendiri, dan rakan kepada rakan kepada rakan2ku yang bisa ber’couple’ hatta bertahun-tahun lamanya. Aku terfikir, apa faedahnya emosi dan harta benda yang dicurahkan sewaktu ber’couple’ dlu kalau kesudahannya begini.
Semua ini berlaku atas perkara-perkara yang dedifinisikan oleh seorang ustaz sebagai bercinta tanpa tujuan atau menghubungkan emosi kepada berlainan jantina dengan niat bukan untuk berkahwin. Huu..betul ke definisi ni? Aku mula memahami maksud ustaz apabila memberi perbandingan yang jelas antara ‘couple’ dan ‘tunang’. Mungkin apabila seseorang tidak bersedia untuk berkahwin akan menolak aspek tunang ini, dan menjadikan percintaan yang dibina tergantung begitu sahaja tanpa niat untuk berkahwin. Agak menyeksakan diri jika terjebak dalam hubungan ini, entah jadi kahwin atau tidak. Jika seseorang itu sudah ingin berkahwin, tapi ada aspek2 yang perlu diutamakan dahulu menyebabkan tertangguhnya perkahwinan , pertunangan perlu menjadi pilihan yang tepat dan amat dianjur Islam.
Mungkin ramai tidak tahu pertunangan yang dimaksudkan Islam. Bagaimana kita(lelaki) menyatakan hasrat ingin mengahwini seorang perempuan pada sekian-kian waktu kepada kedua ibu bapa pihak perempuan, itu sudah termaktub sebagai pertunangan sebenarnya. Tetapi, dalam aspek mazhab2 tertentu, ada perkara-perkara lain yang perlu dilakukan untuk mengisyhtiharkan pertunangan itu. Dalam aspek umat di Malaysia, kita dapat lihat rombongan dan ada majlis diadakan untuk majlis pertunangan ini. Namun, indahnya pertunangan yang dapat ku lihat adalah, seseorang lelaki itu sudah ’memegang’ seseorang perempuan untuk menjadi suri hidupnya pada masa depan yang mana lelaki lain HARAM mengambilnya selagimana status pertunangan masih sah. Jadi, orang lelaki dah tak perlu risau tentang rampasan-rampasan yang berlaku..hoo.
Berbanding dengan sebilangan masalah couple, anak terbuang, pembunuhan kekasih atau bekas kekasih mungkin disebabkan si perempuan tidak memperkenalkan ’boyfriend’nya kepada keluarganya atau si lelaki mengelak untuk berjumpa keluarga perempuan. Sinonimnya ku mengaitkan situasi ini kerana, bila tiada perkenalan berlaku kepada keluarga, si lelaki tidak bersalah untuk curang, melakukan maksiat apabila bersama si girlfriendnya atau melakukan jenayah terhadap girlfriendnya. Hatta punca yang lebih teruk sehingga melahirkan anak luar nikah. Statistik setiap tahun menunjukkan berpuluh-puluh ribu anak luar nikah Islam didaftarkan. Apa ke jadahnya semua ini, apakah masa depan anak luar nikah tersebut..Jadi, kepada perempuan-perempuan dan wanita-wanita di luar sana, jika kekasih anda betul-betul menyayangi anda, bawa mereka berjumpa famili anda, rapatkan dia dengan famili anda dan minta pertunangan dijalankan dengan segera..!!. Lihat, adakah kekasih anda betul-betul serius ingin mengahwini anda. Jika si lelaki menolak, nampaknya lelaki itu tidak ikhlas mencintai anda.
’Macammana nak bertunang? Duit pun tak cukup lagi untuk berkahwin’, keluhan si lelaki
Hah, tulah masalahnya, tidak meneliti sesuatu perkara dahulu. Duit bukan masalahnya. Pertunangan sebenarnya bukan untuk masa yg singkat, 2 bulan, 5 bulan @ setahun. Tetapi ustaz mengatakan hatta sampai 5 tahun pun boleh bertunang, kan mudah gitu. Takkan 5 tahun tak boleh cari duit lagi kut. Kalau kutip RM100 sebulan pun, 5 tahun anda akan mengutip RM6000, kayo pakcik..huu.tu pun kalau anda susah sangat nak menyimpan dengan banyak. Perkara penting untuk dihighlightkan adalah, dalam pertunangan, batas syariat bukan muhrim masih lagi berkuatkuasa sehingga berlakunya perkahwin. Jadi, tiada persentuhan kulit boleh dilakukan.
Dengan kata mudah,pertunangan bukti kesungguhan pasangan anda untuk mengahwini anda. Ini yang ditunjukkan Islam. Bagi mereka yang bru hendak berkenalan, bertunang adalah suatu medium yang sesuai untuk berkenalan dan memudahkan urusan membina masjid nanti. Bagi yang couple, cepat2lah berkahwin, sesungguhnya rezeki selepas kahwin lebih melimpah ruah untuk manusia. Jangan kerana kelambatan anda itu membuatkan anda derita. Jodoh memang ditangan tuhan, yang penting manusia yang mengusahakannya. Jangan sampai percintaan sebelum kahwin lebih indah dari selepas kahwin.
Contoh yang terbaik adalah drama melayu box office terkini, Adamaya, lihat apa yang terjadi terhadap hubungan Dani dan Maya apabila syariat tak didahulukan. Tidak bersedia nak kahwin la, muda lagi la, takcukup duit la, last2 dapat kat orang lain, tak ke seksa mamat tu..huu..kan senang kalau dimulakan dengan pertunangan dulu, Insyaallah, Allah akan mudahkan perkara yang seterusnya. Walaupun, penyampaian ku ni agak relaks, kalau nak ikutkan nak buat satu novel dah. Dari segi dalil dan nas, lebih baek menanyakan ustaz sendiri. Kuliah yang aku dengar dari ustaz-ustaz banyak menerangkan dengan berhikmah dan aku tahu ramai yang tidak tahu. Jadi, sekarang dah tahu kan, bertindaklah segera k.
Aku menulis perkara ini pun atas dasar perkongsian bermakna yang mana mungkin perkara ni memberikan kekuatan kepada diriku untuk melakukannya.Tegurlah diriku jika ada tersilap dimana-mana. Aku pun seperti anda semua juga :).
Jadi, mengapa pilih ’couple’ kalau boleh bertunang.
Ikhlas Dariku,
6 MAY 2010
PUTRAJAYA ( 10.00 p.m)
*Adakah anda sependapat dengan saya? Berikan pendapat bernas anda dalam ruangan ulasan & pandangan. Syukran.












24 Ulasan & pandangan:
menarik.. sakit mata ah tgk couple ni,
tapi btunang kalau tak ingat syari'at pun masalah jugak tu...
pssttt! En Abu bila nak brtunang?
ho..terima kasih che su atas comment td..
tu soalan maut tu..
no comment :) ( jawapan bese artis)..
nak tunggu kakak, kak chik, angah dlu...haha
doakanlah kita..
nice blog..cute kopiah n meaningful entry..=)
u know what..?
excitedly want to know ur future planning about this..w0oha
can't wait kakak, kak chik n angah.. =P
hmm...
ada jgk yg x couple,
tp mesranya x ubah mcm yg couple...
cane tu encik abu??
nice post..
isu yang terpampang didada akhbar dah banyak...
so tanda masyarakat kita ni parah dan gersang ilmu agama...
dan ada juga...dah tahu tapi buat juga...
so kena la selalu peringat diri...
Allah tu Maha MELIHAT dan MEMERHATI
anonymous : Tq for ur support, my future planning?? mybe after graduation..huu
ellya : tu couple la nmenye ..huu..cume diorg hipokrit n sengal..apa kata propose kt diorg utk disatukan. :)
Sinar : Setuju, masyarakat sebenarnye masih kurang terdedah dengan amalan agama. so,semua yang tahu, perlu bertanggungjawab.
so,mr kopiah had 'someone special' now..?
why must after grad..??
hm...just really nice to know.. :)
erk...
by da way,,,
sblum menjawab..siapakah gerangan anonymous ni
huu
jawab je la abu, haha..tu secret admire tu
hii..yg membe lama ni spe pula...
oklah...after grad is more preparable..(huu, btul ke ayat ni)..
someone special? i think nop..
is it the answer comes straight from ur heart..??
a smart n knowledgable person like u never had someone special..?
oh...unblieved thats!!
by the way, i know i must stop being redicolous...
don't take my words to ur heart..
jz really nice to know..
ouch..one more thing..are u a teacher or lecturer or ustaz??
u do seem to look like one of thats..
seriously.. :D
actually, i not really know how to represent myself on this 'post comment'..
not really luv to be 'anonymous'..
abang abu. serius saya suka post ni.
serius.
!!!
anonymous : Straight from my heart? i'm ikhlas with da answer...hee..but, who know in da future,.By da way, i'm not ustaz, just student like the others with some islam knowledge learned before. Just want to sharing wht i know, not to teach. So,,who u are actually? Do u know me?
Najib : uit,,serious betul Najib, tq :)..hee
oh..actually i not know u very well..
but..4 ur information, i'm one of ur follower 4 a long time enough..
i love to read many kind of reading materials especially articles written on ur blog sinces one of my friend introduced ur blog 2 me..
4 the 1st time i spent about 3 1/2 hours to read almost all of ur older entries..
honestly, i fall in love 4 the 1st time reading ur blog..
u're different than other bloggers..
by the way, fr0m my observation, u're too slow updating ur blog especially Diari Kopiah..
i felt sad bcause i thought u're uninterested 2 still active 2 be a blog author..
i really h0pe u'll activating share smthg with ur fans.. ^_^
tq..
but now, from the messages replied, i realised u're still there waiting responds from ur followers..
thanks..nice 2 know u..
hope u too...
really sorry bcause represent myself s 'anonymous'..
nice comment,..actually there is many 'delay' story in my posting file. But, when i unsatisfied with my entry, so, i will unsatisfied to publish it for readers. But, i will try to update my entries once a month. Hope u can pray for me..ok.
Hmm, can u give ur nickname than 'anonymous' please..bcause many readers will use this anonymous thing..hoo..If u have special nick when give ur comment, i will know u easier next time. By the way, I love to make new friends, do u have FB? can u share with me with sending ur email to kopiah_hensem@yahoo.com. hope we can get know each other. tq:)
oh mr kopiah..4 your info, i'm already ur friend on fb n fs... :)
oh yeke..can i know which is ur facebook :). Hardly to find..hee
tulisan yang bagus...saya suka..terus menulis ya
Insyaallah, baek , :)
berkunjung lah lgi ye dgn memberi komen membina.
Salam Ukhwah
salam..
pendapat ana... berkenaan isu couple dalam kalangan siswa-siswi, 18 tahun ke atas, bila diusulkan soal kahwin, pasti ramai akan mengeluh soal wang.. bila diusulkan soal tunang, macam2 pula alasannya, ibu bapa tak restu, tak izin dsb...
tapi ada juga yang menyahut seruan itu...
numun yang menjadi isu sekarang ni, bagaimana dengan isu budaya couple yang banyak diamalkan oleh adik2 yang masih bersekolah.. yang masih setahun jagung...
apa pendapat enta tentang kaedah penyelesaiannya...
maklum, ISLAM tidak menyekat fitrah manusia, tapi bagaimana dengan adik2 yang terjebak dalam hal ini...?
mohon share pandangan... syukran
Salam cik sakinah,
persoalan yang bagus. Dalam perkara ini, kita perlu melihat kembali peranan dan tanggungjawab anak-anak itu kepada siapa. Tentulah ibubapanya. Banyak remaja yang terjebak dalam kekeliruan, masalah disebabkan masalah keluarga sendiri. Sesungguhnya, jika ditunjukkan caranya kepada adik2 yg masih bersekolah oleh ibubapa, Insyaallah, mereka akan lebih matang.
Sebenarnya, hal perkahwinan bukanlah perkara yang mudah bagi mereka yang bergelar suami dan isteri. Kematangan penting untuk seorang suami membimbing seorg isteri. Bg ana, ibu bapa perlu melihat bagaimana perhubungan anak-anak mereka di tahap sekolah. Apabila dibimbing, insyaAllah, semuanya menjadi mudah di masa akan datang.Abang2 dan kakak2 pun perlu memainkan peranan membimbing. Sebab itulah penting utk membina Baitul Muslim. Keluarga yang mengamalkan cara hidup Islam.
Sesungguhnya Islam itu Mudah, tapi jgan dipermudahkan. Hanya ini jawapan dr ana yg lemah ini.Wallahua'lam.
salam abang abu nak tanye sket....nisa pernah dengar la kan...jika seseorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadikan seorang wanita sebagai teman hidupnya sudah dikira bertunang...adakah statement di atas betul??? adakah perlu majlis pertunangan baru dikatakan bertunang?? ^^ @hanisikhwan@
Waalaikumussalam nisa'.
Ye, memang ada pendapat sebegitu. Namun ia mungkin sebahagian drpd pendapat Ulama'. Byk pendapat yg boleh diteliti kerana adanya byk cara utk bertunang ni.
Namun, bgi abg, cara bertunang dgn melibatkan sendiri org tua(ibubapa) di kedua2 dua belah pihak lebih proper. Bukankah mereka juga perlu tahu dan tidak salah untuk diadakan satu petanda yg menandakan kita bertunang.
Paling penting, dalami pendapat2 ulama' dan pilih yg terbaek. Moga dimudahkan urusan dlm hidup.
Post a Comment