Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Monday, November 17, 2008

SUNNAH NABI yang kian dipinggirkan-Bhg.1

" Ayah, kenapa orang tu pakai jubah dan serban pergi solat", tanya seorang anak berusia 12 tahun.


" Sebab nak solatlah, sunnah nabi, Nabi dulu pakai serban dan jubah", jawab ayahnya.

" Tapi kan, aiman tak pernah tengok ayah pakai pun, kenape ayah tak pakai?", anaknya bertanya kembali...

"aaa......", terlopong si ayah memikirkan...




Ha, kalau lah anak2 kite tanye camtu, ape nak jawab ek? sebab ayah tak beli lagi ke? sebab ayah tak berminat ke? @ sebab ayah tak selesa?

Pasti si anak akan menjawab kembali, tapi...tu kan sunnah nabi? Hehe, soalan maut tu..bagaimana kita hari ni memikirkan tentang sunnah Nabi. Adakah kita berlapang dada, adakah kita tidak kisah ataupun adakah kita tak tau. Tapi, melihatkan suasana dan persekitaran pada hari ni, masyarakat Islam nampak pelik akan sunnah nabi dan rata2nya tidah tahu apakah sunnah2 nabi...Banyak sunnah2 yang ditinggalkan oleh Nabi, hadith, perjalanan kehidupan, penampilan dan lain2.

Tapi, sunnah yang kian dipinggirkan kini adalah penampilan, iaitu pakaian Nabi, wajah Nabi, kekemasan Nabi. Banyak khilaf antara ulama tentang sunnah Nabi ini, namun ade beberapa perkara yang jumhur ulama sepakati. Bercakap tentang penampilan sunnah Nabi, berapa ramai kita yg rase pelik harini, tentang serban, berjanggut, jubah,cara tidor nabi, makan nabi..Anda yang membaca, pernah tak rasa janggal @ anda tidak tahu? huh, soalan killer tu...namun, jelas kelihatan orang tidak selesa dengan sunnah Nabi, sedangkan dah tahu ape yang Nabi tunjukkan 1400 tahun yang lalu. Sekarang, masyarakat lebih beralih kepada penampilan gaya barat @ kafir, masyarakat lebih mengagungkan jeans, dye rambut, pakaian kumpulan pelik2 ( macam black metal lah) dan macam2 lagi. Tapi bile ikut cara Nabi, orang dah pandang serong, serong brape degree Wallahua'lam, tapi mencapah gak la.



Rakan2 akan bertanya, "eh, ko nak pegi mane berkopiah ni, kopiah putih lak tu",


Mereka tak kan tanya, " eh, ko nak pegi mane bertopi ni, topi nike lak tu",



Itu baru berkaitan kopiah, belum benda2 lain lagi..Bukankah Nabi pernah bersabda yang mafhumnya lebih kurang, sape yang mengikut satu golongan tu, maka die terdiri dalam golongan itu. Hatta, orang bukan Islam pun mengikut ape yang Nabi lakukan. Perkara ini berlaku pada zaman Nabi sendiri, bilamana diriwayatkan ade satu pasangan yahudi yang mana si suami merupakan seorang yg panas baran, suke memarahi dan memukul isterinya, sehinggakan pada suatu hari, si isteri dh tak tahan lalu merancang untuk membunuh suaminya dgn meletak racun di dalam makanan. Pada ketika itu juga, suaminya dalam perjalanan pulang lalu berhampiran Masjid Nabawi.




Jadi, si suami terdengar tentang sesuatu, dan terdengar olehnya tentang adab makan dengan secara berjemaah yang merupakan sunnah Nabi. Apabila sampainya dirumah, maka die teringat apa yang didengar dan nak cuba2lah, jadi semasa waktu makan die ajak isterinya makan sekali, isteri dah mula pelik, tak pernah pun suami dia ajak dia makan sekali, isteri nye pun menolak, tapi suami tetap paksa makan sekali, jadi selepas beberapa lama menolak dan mengajak, isterinya pun beritahu yg dia meletakkan racun di dalam makanan suaminya.

Terdengar si suami tentang perkara itu, terus die pegang isteri dia bawa pergi jumpa Nabi dan masuk Islam.....Allahuakbar....Hebatnya sunnah Nabi, dengan sunnah je orang boleh dpt hidayah.

Antara banyak2 sunnah Nabi , yg jumhur ulama' sepakati adalah berkenaan dgn janggut...


"Eh, janggut, tak hensem la kalau simpan janggut, tak nampak cam brad pitt" , sesetengah orang berfikir begitu.


Hal janggut ni, kalu kita fikir logik akal nampak kecik je kan, tapi dalam agama byk manfaatnya...Diriwayatkan juga pada zaman Nabi, ada seorang sahabat yang janggutnye sikit je, Jadi apabila bertemu dengan Nabi, Nabi senyum je melihat janggutnya..Sahabat tadi rasa serba salah, dia balik dan potong janggutnya..apabila berjumpa Nabi kembali pada hari kemudian, Nabi bertanya kenapa sahabat tadi potong janggutnya,, Sahabat tadi pun beritahu yang dia rasa malu bila Nabi lihat janggutnya skit..Dalam pada itu, Nabi bersabda yang mafhumnya lebih kurang iaitu Nabi tersenyum sebab melihat bidadari2 bergantungan pada janggut sahabat yang sikit tadi...Allahuakbar.

Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
(surah Al-Maa-idah ayat 3)

Hmm, kaum hawa jangan jeles lak..hehe..namun siapa yang ada kekuatan nak simpan janggut? kalu nak dikatakan, manusia lebih ade kekuatan nak merempit dari simpan janggut...hehe..nape ek?


Kalau kita melihat zaman sekarang ni,contoh yang boleh aku bawakan adalah Yusuf Islam, @ dulunya dikenali dengan nama Cat Steven..Bayangkan, beliau yang baru memeluk Islam selepas meninggalkan dunia glamournya ingin mengamalkan sunnah Nabi dengan sempurna. Jika kita lihat wajahnya, pakaiannya, penampilannya nampak kekuatan muslimin dan keindahan Islam itu sendiri. Siapa dia? dia bukannya ustaz, @ orang yang tinggi ilmu agamanya. Tapi beliau yakin dengan sunnah Nabi.


Jadi, Nabi simpan janggut dan nipiskan misai, begitu juga para sahabat. Jangan nipiskan janggut tebalkan misai pulak. Jadi, kepada muslimin di luar sana, marilah kita amalkan sunnah nabi dengan simpan janggut ni walaupun sedikit.Banyak lagi kelebihan simpan janggut sebenarnya. Tapi yang penting niat kita, niat untuk mengamalkan sunnah Nabi, baru kita dapat pahala berterusan selagi mana kita simpan janggut....hmm, sng tak nak buat pahala...senang kan, kalau kita tahu dan belajar.

Aku pun menyeru kt diri sendiri gak, lemah ni, banyak hasad, sama2lah kita berhijrah ek..Untuk kaum hawa, berilah sokongan kepada suami dan adik beradik anda untuk amalkan sunnah, InsyaAllah anda pun dapat pahala sekali tau,,,lg senang dapat pahala kan..

Kepada sesiapa nak amalkan sunnah Nabi, amalkan sekarang, jgn tangguh2, umur umat Nabi pun antara 60-70 tahun je averagenya, yang lebih tu Allah bg rezki..tu pun kalu kita masih diberi hayat untuk hidup sampai 60 tahun kan..Muslimin muslimat sekalian, walaupun kita bukan ustaz, @ bukan sesiapa, ingatlah, kita ini umat Nabi Muhammad S.A.W, umat yang dimuliakan Allah, kita patut berbangga dengan sunnah Nabi.

Jadi, berikan ulasan anda di ruangan pandangan dan ulasan k...

Syukran kerana sudi melapangkan masa dan membaca.....Nantikan bahagian seterusnya di masa hadapan tentang sunnah Nabi ni,...Tunguuuu>>>


Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sama sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.
(Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Putrajaya,
17/11/2008
9.20 pm

15 Ulasan & pandangan:

Anonymous,  Tuesday, November 18, 2008  

salam...

yusuf islam...dia memang bukan siapa2.tetapi beliau adalah DUTA islam di barat berbanding umat islam generasi sndr

Dia meninggalkan dunia hiburan yg lagha dan gitar kerana alasan yg kuat.

Dia bermain gitar semula pun menggunakan alasan yg kuat juga.

Beliau berpenampilan mengikut sunnah nabi, pastinya beliau muslimin yg berilmu tinggi, senantiasa mencari dan terus mencari.

Berbanding kita-kita, islam generasi.Masih di takuk lama. Bila agaknya mahu berubah???

~jawahir

kopiah_alrazi Tuesday, November 18, 2008  

Tq jawahir atas pandangan yang berguna..
Sebab tu kita perlu mula dlu..
dan yang paling penting, doa..

arrabe' Tuesday, November 18, 2008  

subhanaallah..
makin bergiat aktif nampaknya.
moga diteruskan dakwah enta..

bagi ana, sunnah nabi memang perlu kita ikut.
dalam usaha dakwah sekarang, kita kena berhikmah.
sebab bagi ana, ramai yang pandang serong kepada orang berjubah, jambang dan kopiah.
ntahla, mungkin sebab pahaman politik, ataupun mereka gerun dnegan islam.
jadi agak susah nak rapat dengan mereka dengan berpakaian sebegitu.
memang kita taknafikan sunnah nabi, tapi bagi ana yang utama perlu kita ikut akhlak nabi.
melalui akhlak, insyaallah ramai yang akan terpaut..
akhlak nabi yang pembersih, melalui sifat itu, tentu kita akan jaga penampilan wajah, pakaian dan sebagainya.
yang paling penting, kebersihan bilik sendiri.
abu? bilik dah kemas?? hehe. gurau je..

kopiah_alrazi Tuesday, November 18, 2008  

hehehe, syukran arrabe' atas pandangan dan kritikan membina.

Ana sampaikan apa yg ana tau je. Memang, x dinafikan akhlak juga penting untuk kita terapkan dalam diri. Sama2lah kita berusaha K.

Jadi, hiasilah diri kita semua dengan Sunnah Nabi.

Leenoh Wednesday, November 19, 2008  

Assalamualaikum.
Apakah akhlak . rasa saya akhlak itu ialah penampilan kelakuan kita kalau kelakuan tidak baik bermakna akhlak tidak baiklah.kerana kelakuan atau perbuatan datang dari cetusan hati.Kalau hati kata nak pakai jubah kerana meniru cara Nabi berpakaian maka itulah akhlak.
Pendeknya kalau ajaran Islam itu difahami dan dipatuhi, lantas dihayati di dalam kehidupannya bersama keluarga dan masyarakat.Itulah sunnah atau itulah perjalanan hidup Nabi. Wallahu aa'lam. Wassalam/

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Syukran leenoh atas pandangan dan maklumat yang berguna...
Akhlak adalah satu cabang yg luas untuk kita perbincangkan..
Namun, kita berharap semua ummat dapat hidupkan sunnah dan contohi Nabi sebagai Rasulullah..Amiin

Jazakallah

arrabe' Wednesday, November 19, 2008  

masing2 ada pandangan.
dan kita kena terima perbezaan yang ada. kan? bukan berbalah.
baru la menggambarkan akhlak yang mulia.
bukan cam perihal politik.ish3 tul tak?

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Perihal politik? tu ana x brape arif dr anta arrabe'..
Tapi InsyaAllah, kalau akhlak betul, ikut cara Nabi, doa kita kan diterima dan Allah bg ketenangan kepada negara kita ni...
Ana pun lemah lg ni..:(
X tau doa mane yang diterima

arrabe' Thursday, November 20, 2008  

sama2 menimba ilmu..
aku pun syukur, masih tak terlewat untuk aku menimba ilmu islam..

Anonymous,  Thursday, November 20, 2008  

salam...
saya rasa keliru adakah saudara menyatakan bahawa memakai jubah adalah sunnah Rasulullah?

harap dapat memberi penjelasan dengan lebih terperinci

kopiah_alrazi Thursday, November 20, 2008  

Bg anonymous,
Sy x faham ape yang anda ingin terangkan, tapi apa yang ana blajar pakai jubah memang sunnah nabi.

Farid bin Aspar Wednesday, December 03, 2008  
This comment has been removed by the author.
Farid bin Aspar Wednesday, December 03, 2008  

Salam...
erm... sunnah nie mmg patut diamalkan oleh setiap muslim. walaubagaimanapun, perlulah kita ketahui bagaimana cara mempraktikkannya dan perlulah berlandaskan kepada nas dan hadis yang sahih, namun begitu, tidaklah sepatutnya kita menjadikan sesuatu yang tidak sahih untuk kita berhujjah. Dan janganlah kita bersandarkan kpd Rasulullah s.a.w jika tidak diketahui sumber yang sahih. kerana jelas kezalimannya. Namun begitu untuk amalan sendiri tidak mengapa. Wallahua'lam. :)

firdaus pencinta sunnah,  Sunday, September 27, 2009  

salam,
sesungguhnya di dalam pengamalan sunnah itu ada kejayaan.Jika kita ingin mendapatkan cinta Allah maka hendaklah kita mencintai rasulullah dan apa yang ada padanya(sunnah).Bukankah rasulullah itu habibullah..bila kita dapat cinta rasulullah secara tidak langsung mendapat cinta Allah.Sabda rasulullah;"sesiapa membenci sunnahku bukanlah dari golonganku"au kama qol...so,apa2 sahaja yang berkaitan dengan rasulullah itu adalah sunnah

Al-Hikmah Thursday, February 17, 2011  

Ayuh jangan berlengah lagi. Amalkan sunnah hari ini, lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi....

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP