Ahlan Wasahlan ke KOPIAH CORNER!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Blog KOPIAH CORNER(KC) adalah sebagai medium perkongsian dengan rakan-rakan tentang isu, info, pandangan, ulasan, pemikiran dan pengalaman agar merapatkan ukhwah lagi diantara kita.Terdapat juga catatan-catatan dari kuliah agama yang saya ikuti. InsyaAllah, blog ni akan dikemaskini dengan catatan terbaru.Semoga anda dapat bertandang dan melepak di KOPIAH CORNER dengan terhibur. Segala ulasan , pandangan dan komen anda amatlah dialu-alukan.Sila datang lagi. Jika anda ada info-info dan berita berkenaan ummah untuk disampaikan di blog ini, sila hubungi saya di kopiah.lancer[at]gmail.com. Jazakallah Khair.

Tuesday, November 18, 2008

"Nak makan kat mane?"

NIGHT RIDER..balik dari makan stik kat kat Kelana Jaya


Makan, makan, makan. Itulah antara perkara yang berlegar dalam kepala manusia seharian especially orang melayu kerana banyaknya jenis hidangan makanan melayu ni.Well, bg aku pun sama gak, tapi nak buat camne kan, fitrah manusia, nak hidup asbabnya kena makan la..

Hmm, tajuk kali ni mcm nak ajak orang makan je kan. Haa, ni memang adalah ayat2 famous rakan2ku di universiti, bukan dimulakan dgn ajak, tapi terus sergah, "nak makan kat mane?" , sebab ape tau tak? sebab memang waktu makan laa...hehe..penat woo nak pusing tempat aku belajar, Shah Alam, korang tau kan...luas tu..cepat lapar, ialah, kalau tak de kelas, di atas motor, nak balik ke tempat penginapan aku jauh skit la, dkt gak, tak jauh sgt(eh, ape aku merepek ni),,,tapi dalam kehidupan universiti ni, antara part yang paling best ialah MAKAN, membayangkan ayam madu seksyen 6 yang murah boleh membuatkan seseorang cepat lapar tu.

Tapi tempat makan yang aku nak perkatakan hari ni adalah Kedai Mamak VS Kedai Melayu..huhu, ape lagi fight la,,hmm, mane satu pilihan korang semua, kedai mamak atau kedai melayu. Bagi aku dan rakan2, susah gak nak pilih, Kedai mamak best tapi jauh skit, Kedai melayu boleh dikatakan ok lah, tapi dekat. Bagi pandangan diri aku sebagai hamba Tuhan yang
hina ini, aku lebih menyukai kedai mamak. Kedai mamak bagaikan dapur seluruh dunia, korang nak ape je, semua ade, korang perasan tak perkara ni.

Dua je perkata
an mamak ni, ade @ habis, mane ade die cakap takde..aku tak taulah kedai mamak tempat lain, tapi kat Shah Alam ni macam2 ada...Sebab tu aku & rakan2ku sentiasa bertandang ke kedai mamak, lagi2, waktu study week arietu, setelah disepakati, kitorang gelarkan diri sebagai NIGHT RIDER...haha...gempak tak, slalunya dalam pukul 12.00 tgh malam lepas tension study dan memerah otak, kami pun beraksi..

Disini aku senaraikan kelebihan2 kedai makan mamak dan kedai makan melayu yang telah aku kaji setahun yang lalu..(wawawa, ade kajian tu)...


Gambar Hiasan


KEDAI MAKAN MAMAK


1. MESRA PELANGGAN
Perkara ni tak boleh disangkal lagi..ade satu kedai mamak ni kitorang NIGHT RIDER selalu singgah, so, bile sampai je, die dh offer tempat duduk..bukan satu tempat duduk je tau, tapi 3 tempat duduk yang berbeza oleh 3 mamak yang berbeza. Kadang2, bertikam lidah diorg rebut customer..tapi kitorang tetap mantain, senang je nak leraikan, amik tempat duduk yang diorg tak offer..last2, sume senyap..haha

2. MAKANAN DUNIA
Perghh, name je mamak, tapi ape2 masakan bleh die buat, Nasi goreng USA la, Nasi goreng China la, Nasi goreng Thai la, makanan seluruh dunia la tu..hehe..stik dan western food pun diorang masak gak, tapi aku tak pernah try la, sape penah try? rase makanan tu mcm western ke macam mamak? :). Lg satu, 24 jam boleh buat roti canai...Banyaknya stok.

3. PERKHIDMATAN YANG TERLAJU
Aku berani mengiktiraf perkhidmatan pekerja mamak ni adalah yang terlaju di dunia, tapi, itu kedai mamak yang aku pergi la, tak tau lak kedai mamak lain. Rancangan Hell's Kitchen kat NTV7 tu pun kalah tau kelajuannya. Lagi satu perkhidmatannya, siaran ASTRO, laju gak tu.

4. HARGA STANDARD SELURUH MALAYSIA
Haha, mamak ni bukan leh senang2 je naikkan harga, Alhamdulillah, pegi mane2 lebih kurang standard je. Aku dh penah pegi dekat 10 kedai mamak yang berbeza ( bukan cawangan ek).

5. MAKANAN MENGANCAM
Kalu korang tengok kedai mamak ni, mesti korang perasan makanan2 layan diri yang dihidangkan nampak mengancam dan ganas,,,haha,,tafsirlah sendiri. Kalau tgk ape yang diorg display makanan kat bhgian2 tertentu, nampak best, tapi kalau tempah, same ke ek rupenye?


Gambar Hiasan


KEDAI MAKAN MELAYU


1. FASIH BERBAHASA MELAYU ( KOMUNIKASI 2 HALA YANG BERKESAN)

Of couse la kan, name pun kedai makan melayu...senang berkomunikasi, berbanding kedai mamak yang mempunyai pekerja seluruh dunia, kita lak yang nak ikut slang percakapan mereka.

2. MAKANAN ASLI MELAYU

Haha, ni part yang aku best, kerana pemasaknya orang melayu, jadi rase selera melayu asli ni dapat dirasakan apabila dimasukkan ke dalam mulut lagi.

3. HARGA YANG TIDAK TETAP

Ni kelebihan gak sebenarnya, kerana ada kedai melayu yang harganya murah sangat dan kedai melayu yang mahal sangat, jadi, depend kat kita, nak yang mahal ke nak yang murah..tapi, sedihnya, kat kawasan umah aku harga makanan boleh dikategorikan tak berpatutan...kene hantar surat kt MBSA(Majlis Bandaraya Shah Alam) ni.

4. SUASANA YANG TENANG
Hmm, tenang dari kedai mamak la, Kedai mamak banyak sgt org 24 jam, lg2, waktu perlawanan bola...Jadi siapa yang nak mencari ilham untuk berfikir, dtglah kedai Melayu..:)

5. TERASA BERADA DI MALAYSIA

No komen...hehe,,,,,sebab tak ramai pekerja luar negara kut..

hehe..
Ape2pun, dua2nya ade kelebihan dan keburukan..Terpulang pd anda untuk memilih,,,anda kan pengguna, buatlah pilihan bijak ( dh mcam duta kementerian perdagangan dlm negeri plak).

Tapi bg diriku, mamak 1st choice la...Tapi aku masih support restoran melayu, Makanan melayu is da best.. Well, ape pandangan & pilihan korang? kedai mamak @ kedai melayu? ape istimewanya kedua2 kedai ni bg korang? ke korang ade kedai laen sehingga korang merajuk dengan kedua2 jenis kedai ni? So, berilah pendapat dan pandangan anda dalam ruangan Ulasan dan Pandangan tanpa segan silunya. Aku sedia mempertahankan kembali pilihanku...hehe..


Walaupun dunia semakin jauh kehadapan, Aku masih dengan pesanan standardku...




"Mamak, Teh O ais satu",..(tak main la teh tarik)


dengan bersemangat mamak menjawab,
"Siap....."




PUTRAJAYA
19/11/2008
12.01 am,
*Adakah anda sependapat dengan saya? Berikan pendapat anda dalam ruangan ulasan & pandangan. Syukran.

13 Ulasan & pandangan:

kun izzul Wednesday, November 19, 2008  

Haha..."Nak kat mane ni?"..Ni mmg ayat yg member2 kolej aku slalu guna time nak ajak kuar makan malam. Siang aku makan kat fakulti. Pd pendapat aku la dua2 sama je. Cuma aku lagi suka g kedai melayu time pas isyak, pasal makanan sedap.
Pastu tgh malam g kedai mamak, pasal ada bola, roti canai ngan nankima. Dua2 sama hebat, sama lazat. Tapi mesti ada yang paling hebat kan.
Setelah diteliti, pemenangnya adalah rumah aku. Pasal mak aku masak sedap. Hehehe..=p

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Ceh, izzul, rumah mane masuk dalam fight ni, mane aci
Memang x dinafikan makan rumah merupakan pilihan semua anak2 yang sayangkan ibubapanye..hehe
kalau macam tu aku pun suka makan kat umah daa...
Ape2pun, Syukran kerana ziarah & tidak segan untuk memberikan pendapat...haa, anda bagaimana pula, makan kt mane best?

arrabe' Wednesday, November 19, 2008  

hehe.
leh tahan gak topik ko ni..
tapi aku prefer mamak punya atitud.
bagus cepat dan sedap.

melayu, lekeh sikit.
kadang ok kadang tak.
sekejap je da tutup.. ish3..
tapi tak semua camtu..

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Hehe, Arrabe' sependapat dengan aku..
Mamak mmg slalunye x menghampakan, biaselah, golongan minoriti.
So, mereka berusaha untuk hidup, lg2 pekerjanya yang dtg dr negara yang susah..mane x kerja kuatnye kalau di negara orang.
Bg org melayu, berada dalam zon selesa di negara sendiri, itu yang nampak selesa je berniaga..
Jazakallah atas pandangan

[biru][pink] Wednesday, November 19, 2008  

huhuhu.mamak la.plg ske skali nankeema plus air laici+limau+barli.pergh.dh tuh dpt murah plak tuh.dr 30iggt dpt 20iggt.huhuhu.

tp klo fresh mamak dr india ker pe,,start la masalah bahasa.last2 aku je yg tuliskan oder.ssh sgt.huhu..

melayu plak::okeh jgak.tp xsebest mamak.hehehe..[zaradgreat]

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Syukran & Tq Zara , waaa, pakar makanan rupenye.
Ada sekali tu, aku ngan kawan2 tempah makanan , tapi mamak tu mcm sebut balik lain, sekali die tulis atas kertas, kitorang tgklah betul ke ape yang die tulis..
Rupa2nya, tulisan urdu la( ade ke tulisan urdu?) lg la tak faham, last2, tersengih je , ntah ape yang kitorang tempah

Deeno Wednesday, November 19, 2008  

erm..betul tuh..banyak sgt beza.
aku pnah tekena skali,last week.kat seksyen 7 bawah.deret my moms chicken rice.kedai hujung kaler oren.
bleh teka kan?
then,dadh lapo sgt,saje nak cube kdai melayu tesebut.suasana pon nampak melayu.ati pon tenang jalan kedalam.
order : kueyteow tom yam, nescafe o ais.

pas makan.kenyang.take 5,pastu trus bayar.

bape kak?

smernyer ****

hah?..biar betull..kuarkan note 10 ringgit.

baki singgit..

memang tekene..itulah die.sedey tuhh...

ini kisah benar.

kopiah_alrazi Wednesday, November 19, 2008  

Uih, biar betul,
mahalnye tu...tak nak lah pegi situ...
Takpe2, pengalaman tu, lepas ni, boleh elak2kan dah,,,
Syukran atas pandangan

arrabe' Thursday, November 20, 2008  

yup...
tambahan kedai melayu ni ego skit bila da untung..
mula la naik harga..
kadang awal2 je bersih lawa, lama2 da tak best..

tapi kadang mamak ni cam tak bersih skit la.. dan penuh ngan asap.. pening kepala aku.. dengan bisingnya.. huhu..

kedai cina? tak penah pegi.. macam lagi teruk je..

Anonymous,  Thursday, November 20, 2008  

objection!! huhu..
penah dgr x, kebersihan makanan kedai mamak ni sgt diragui??
sbb... da byk sgt kes, mamak ni slalunya goreng balik je apa2 makanan semalam or 2, 3 hari lepas yg x abes tu...
sbb tu jugak, klu perasan, makanan kat kedai diorg (especially lauk-pauk) sentiasa ada...
oh ye lg 1, dr sudut kesihatan xyah ckp la... minyak yg berkali2 guna, n org yg lap meja tu jugak la yg masak...
hehe, fikir2...=)

Anonymous,  Thursday, November 20, 2008  

lebih suka dengan kedai melayu..

geli skit ngan kedai mamak ni...kalo dh terpaksa telan gak la

~jawahir

kopiah_alrazi Thursday, November 20, 2008  

Itu maksudnya mamak ni tak membazir...hehe...tapi sedap ape...
aku tgk dkat selangor siap bagi A lagi kat sijil kebersihan dia oleh jabatan yang bertugas

(JANGAN MENGGUNAKAN ANONYMOUS, SILA TAIP NICKNAME ANDA DI BHGIAN Name/URL)

jawahir,  Friday, November 21, 2008  

sori2..x braper nak terrer...

Blog Widget by LinkWithin

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP